Syabas Anak Kluang Jadi Pakar Panjat Memanjat

jais-sarday-gunung-pulai-1

Ini cerita semalam (6 September), saya sekali lagi mewakili YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyampaikan amanat beliau sekaligus merasmikan pembukaan Hutan Lipur Gunung Pulai 1, di sini.

Dalam amanat tersebut, MB Johor berkata, hutan adalah sumber utama air untuk semua makhluk termasuk manusia, haiwan serta tumbuh-tumbuhan.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya menjaga dan memlihara khazanah (hutan) termasuk flora dan fauna sebaik-baiknya agar kita peroleh manfaat darinya.

Pada majlis tersebut saya sempat berjumpa dengan anak muda dari Kampung Tengah, Kluang iaitu saudara Azamudin Kassan.

Beliau adalah antara jurulatih dan juga pakar dalam bab panjat memanjat dari Jabatan Hutan. Saya amat teruja melihat kemahiran dan kepakaran beliau dalam selok belok tentang hutan yang saya sendiri kurang arif mengenainya.

Syabas anak Kluang...

jais-sarday-gunung-pulai-2
jais-sarday-gunung-pulai-3
jais-sarday-gunung-pulai-4
jais-sarday-gunung-pulai-5
jais-sarday-gunung-pulai-6
jais-sarday-gunung-pulai-7
jais-sarday-gunung-pulai-8
Syabas Anak Kluang Jadi Pakar Panjat Memanjat Syabas Anak Kluang Jadi Pakar Panjat Memanjat Reviewed by Jais Sarday on September 07, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.