Nak Tahu Apa Ciri-Ciri Bandar Selamat?

bandar-selamat-jais-sarday

Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh ADUN Maharani iaitu apakah ciri-ciri Bandar Selamat dan apakah ianya dilaksanakan di seluruh PBT dalam Negeri Johor.

Bandar Selamat adalah bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya paling terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian yang mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sihat, sejahtera dan ceria.

Empat (4) ciri utama mewujudkan Bandar Selamat ialah :

1) Bandar yang bebas dari keganasan iaitu merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
2) Bandar yang bebas dari pemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
3) Bandar yang bebas dari kemerosotan social dan moral seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah, rasuah, salah gunakuasa.
4) Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalanraya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

Setiap Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program Bandar Selamat yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar/Yang Dipertua dan dianggotai pelbagai agensi berkaitan yang bersidang pada setiap bulan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu keselamatan secara holistik, pengurangan indeks jenayah, memantau pelaksanaan projek fizikal Bandar Selamat, pelaksanaan program sosial dan keselamatan serta lain-lain indikator berkaitan keselamatan dan kesejahteraan orang awam.
Nak Tahu Apa Ciri-Ciri Bandar Selamat? Nak Tahu Apa Ciri-Ciri Bandar Selamat? Reviewed by Jais Sarday on November 29, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.