Mansuh GST Tidak Jejas Pendapatan PBT

jais-sarday-gst-pbt

Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanjung Puteri iaitu menyenaraikan caj yang dikenakan GST oleh PBT dan sekiranya dihapuskan sebagaimana yang diumumkan dalam bajet 2018. Adakah ianya menjejaskan pendapatan PBT-PBT.

Senarai caj yang dikenakan GST oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah kepada terimaan-terimaan berikut :

1) Bayaran-bayaran perkhidmatan seperti perkhidmatan suntikan,kesihatan dan persembelihan.
2) Bayaran pendaftaran seperti bayaran pendaftaran perpustakaan.
3) Jualan barang cetak seperti jualan borang tender
4) Jualan barang stor seperti tong sampah,beg plastik dan kereta sorong
5) Sewaan seperti dewan, gelanggang, kenderaan dan gerai

Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri pada 20 Mei 2015 supaya Pihak Berkuasa Tempatan telah menyerap kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat bagi terimaan-terimaan yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hal ini supaya rakyat dapat membayar perkhidmatan tersebut pada harga asal tanpa kenaikan bayaran. Ia menyebabkan terimaan Pihak Berkuasa Tempatan berkurang kerana kos penyerapan ditolak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mekanisma GST sebelum ini adalah cukai output PBT dari hasil terimaan PBT ditolak dengan cukai input dari perbelanjaan. Sekiranya terdapat lebihan , PBT perlu bayar kepada pihak Kastam perbezaannya, tetapi jika ianya negative maka pihak Kastam perlu “refund” kepada PBT yang berkenaan. Maknanya, setiap penutupan akaun PBT, ia kan sentiasa seimbang.

Selepas ini, melalui Bajet 2018 sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, untuk perolehan barang tidak dikenakan GST kecuali 3 perkara yang berikut iaitu :

1) Pembelian bahan petroleum secara pukal
2) Pembeli kenderaan import
3) Pembelian bangunan komersial

Oleh yang demikian, pengenaan GST yang sebelum ini ataupun selepas ini Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan tidak menjejaskan pendapatan PBT.
Mansuh GST Tidak Jejas Pendapatan PBT Mansuh GST Tidak Jejas Pendapatan PBT Reviewed by Jais Sarday on November 28, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.