Bio Talent Johor Bakal Latih 2,000 Modal Insan Dalam Bidang Bioekonomi

jais-sarday-biotalent-johor

ISKANDAR PUTERI : Seramai 2,000 orang lagi akan dilatih di bawah Program Bio Talent Johor pada tahun ini yang diperkenalkan bagi membangunkan lebih ramai modal insan dalam bidang bioekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday, berkata jumlah itu bagi memenuhi keperluan 20 syarikat berasaskan bio di Johor.

Tahun lalu, seramai 1,813 orang dilatih di 17 syarikat menerusi program kendalian Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) itu.

"Secara keseluruhannya, bidang bioekonomi di Johor berjaya menarik pelaburan RM670 juta tahun lalu dan penambahan sebanyak RM700 juta lagi tahun ini.

"Bioekonomi adalah satu daripada sektor yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Johor," katanya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abd Razak Minhat (BN-Serom) mengenai peranan Hab Halal Johor menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan produk untuk menggiatkan perkembangan inisiatif Bio-Ekonomi Johor.

Md Jais berkata, Hab Halal Johor di Pasir Gudang seluas 140 hektar itu akan dibangunkan tidak lama lagi sebagai taman industri bersepadu terutama dalam pengurusan dasar, perkhidmatan dan pengurusan pengilangan, ubatan dan vaksin serta farmaseutikal.

Sumber: Berita Harian
Bio Talent Johor Bakal Latih 2,000 Modal Insan Dalam Bidang Bioekonomi Bio Talent Johor Bakal Latih 2,000 Modal Insan Dalam Bidang Bioekonomi Reviewed by Kluang Today on April 21, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.