Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh ADUN
Maharani iaitu apakah ciri-ciri Bandar Selamat dan apakah ianya
dilaksanakan di seluruh PBT dalam Negeri Johor.
Bandar Selamat
adalah bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental.
Persekitarannya paling terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang
boleh menggalakkan kejadian yang mengganggu gugat kesejahteraan
setempat. Penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat,
sihat, sejahtera dan ceria.
Empat (4) ciri utama mewujudkan Bandar Selamat ialah :
1) Bandar yang bebas dari keganasan iaitu merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
2) Bandar yang bebas dari pemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
3) Bandar yang bebas dari kemerosotan social dan moral seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah, rasuah, salah gunakuasa.
4) Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalanraya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
Setiap Pihak Berkuasa Tempatan juga telah menubuhkan Jawatankuasa
Pelaksanaan Program Bandar Selamat yang dipengerusikan oleh Datuk
Bandar/Yang Dipertua dan dianggotai pelbagai agensi berkaitan yang
bersidang pada setiap bulan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu
keselamatan secara holistik, pengurangan indeks jenayah, memantau
pelaksanaan projek fizikal Bandar Selamat, pelaksanaan program sosial
dan keselamatan serta lain-lain indikator berkaitan keselamatan dan
kesejahteraan orang awam.
Nak Tahu Apa Ciri-Ciri Bandar Selamat?
Reviewed by Jais Sarday
on
November 29, 2017
Rating:

Tiada ulasan: