Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh Yang
Berhormat Tanjung Puteri iaitu menyenaraikan caj yang dikenakan GST oleh
PBT dan sekiranya dihapuskan sebagaimana yang diumumkan dalam bajet
2018. Adakah ianya menjejaskan pendapatan PBT-PBT.
Senarai caj yang dikenakan GST oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah kepada terimaan-terimaan berikut :
1) Bayaran-bayaran perkhidmatan seperti perkhidmatan suntikan,kesihatan dan persembelihan.
2) Bayaran pendaftaran seperti bayaran pendaftaran perpustakaan.
3) Jualan barang cetak seperti jualan borang tender
4) Jualan barang stor seperti tong sampah,beg plastik dan kereta sorong
5) Sewaan seperti dewan, gelanggang, kenderaan dan gerai
2) Bayaran pendaftaran seperti bayaran pendaftaran perpustakaan.
3) Jualan barang cetak seperti jualan borang tender
4) Jualan barang stor seperti tong sampah,beg plastik dan kereta sorong
5) Sewaan seperti dewan, gelanggang, kenderaan dan gerai
Selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri pada 20 Mei 2015 supaya Pihak
Berkuasa Tempatan telah menyerap kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) kepada rakyat bagi terimaan-terimaan yang dikenakan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST).
Hal ini supaya rakyat dapat membayar
perkhidmatan tersebut pada harga asal tanpa kenaikan bayaran. Ia
menyebabkan terimaan Pihak Berkuasa Tempatan berkurang kerana kos
penyerapan ditolak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mekanisma
GST sebelum ini adalah cukai output PBT dari hasil terimaan PBT ditolak
dengan cukai input dari perbelanjaan. Sekiranya terdapat lebihan , PBT
perlu bayar kepada pihak Kastam perbezaannya, tetapi jika ianya negative
maka pihak Kastam perlu “refund” kepada PBT yang berkenaan. Maknanya,
setiap penutupan akaun PBT, ia kan sentiasa seimbang.
Selepas
ini, melalui Bajet 2018 sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri, untuk perolehan barang tidak dikenakan GST kecuali 3
perkara yang berikut iaitu :
1) Pembelian bahan petroleum secara pukal
2) Pembeli kenderaan import
3) Pembelian bangunan komersial
2) Pembeli kenderaan import
3) Pembelian bangunan komersial
Oleh yang demikian, pengenaan GST yang sebelum ini ataupun selepas ini
Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan tidak menjejaskan pendapatan PBT.
Mansuh GST Tidak Jejas Pendapatan PBT
Reviewed by Jais Sarday
on
November 28, 2017
Rating:

Tiada ulasan: