Pagi tadi saya menjawab soalan Dewan Negeri yang dikemukakan oleh
ADUN Pasir Raja iaitu berkaitan semua jenis inisiatif serta projek
perumahan yang ditawarkan atau diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri Johor yang telah dan sedang dilaksanakan di Negeri Johor.
Pertama, Kerajaan Negeri telah menyasarkan sebanyak 60,000 unit Rumah
Mampu Milik menjelang tahun 2020. Sehingga Oktober 2017, sebanyak
16,010 unit telah siap di bina.
Kedua, tahun 2016 Kerajaan Negeri
Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah
memperuntukkan sebanyak RM 20 juta untuk membina Rumah Mesra Rakyat
Johor.
Ketiga, melalui
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) juga, Kerajaan Negeri telah
melancarkan satu skim sewa beli dikenali dengan nama Jauhar Prihatin. Di
bawah fasa pertama skim ini, sebanyak 409 unit telah dibuka untuk
permohonan.
Keempat, kerajaan negeri telah membuat jalinan
sinergi bersama pihak Ambank Islamic memperkenalkan Skim Pembiayaan
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan saiz dana mencecah RM300 juta bagi
membantu rakyat negeri ini yang menghadapi masalah pembiyaan dalam
memiliki kediaman.
Kelima, pemberian Baucer RM1,000 kepada mereka
yang telah Berjaya memiliki rumah dalam membantu mengurangkan beban.
Sehingga November 2017, sebanyak 2,872 telah berjaya menerima baucer
ini.
Keenam, Skim MyHome antara salah satu langkah Kerajaan
Persekutuan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah
mampu milik yang menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit. Di Johor
sebanyak 2,228 unit telah ditawarkan kepada pemohon yang layak.
Ketujuh, sebanyak 8,038 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah siap
dibina dan 3,217 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka akan siap
pada tahun 2019 di Negeri Johor bagi membantu golongan yang kurang
berkemampuan dengan sewaan serendah RM124 sebulan.
Kelapan,
sebanyak 676 unit kediaman PR1MA telah siap dibina di Negeri Johor iaitu
projek PR1MA di Taman Nusantara (201 unit) dan Bandar Layangkasa (475
unit). Sehingga kini, PR1MA telah meluluskan sebanyak 11,310 unit
kediaman PR1MA (13 projek) untuk Negeri Johor.
Kesembilan,
sasaran pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia di negeri Johor
adalah sebanyak 15,000 unit. Setakat ini sebanyak 6,101 unit sudah lulus
diperingkat Kerajaan Pusat bagi pembinaan PPA1M di Negeri Johor.
Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan pembangunan Johor ke
arah Johor Berkemajuan. Kesejahteraan rakyat merupakan matlamat utama
kerajaan negeri pada hari ini.
Kerajaan Johor Sasar 60,000 Unit Rumah Mampu Milik Menjelang 2020
Reviewed by Jais Sarday
on
November 30, 2017
Rating:

Tiada ulasan: