Jom Ke Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016

jais-sarday-robot-1

Pada Selasa semalam saya telah merasmikan Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016 yang diadakan di Dewan Kompleks Pekan Rabu, Kluang.

Saya difahamkan terdapat 40 pasukan robot tempur dari seluruh Malaysia terlibat dalam pertandingan ini.

Saya rasa kagum melihat robot-robot ciptaan mereka. Bukan senang nak buat kalau tak ada pengetahuan tentang robot serta kemahiran yang tinggi.

Menurut pihak penganjur, program ini dijadual berlangsung selama 4 hari bermula dari 12hb hingga 15hb Oktober dan masuk adalah percuma.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, bengkel robotik, pameran dan booth perniagaan telah diatur buat pengunjung yang hadir.

Jadi, saya ingin menyeru kepada seluruh warga Kluang yang kelapangan waktu agar dapat hadir bersama ahli keluarga untuk menyaksikan pertandingan robot ini.

jais-sarday-robot-2

jais-sarday-robot-3

jais-sarday-robot-4
Jom Ke Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016 Jom Ke Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2016 Reviewed by Jais Sarday on Oktober 12, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.