Saya Bukan Kurus Tapi Slim

jais-sarday-hari-sukan-negara-kluang-1

Saya pasti semua orang tahu bahawa semalam (8 Oktober) berlangsung Hari Sukan Negara. Jadi, saya mengambil peluang tersebut untuk bersama-sama warga Kluang mejayakan temasya berkenaan.

Sambutan Hari Sukan Negara bagi peringkat daerah Kluang berlangsung di Dataran Dewan Jubli Intan, Kluang.

Wow! Sungguh meriah suasananya apabila warga Kluang ramai turun beriadah di sini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari berkenaan. Terima kasih saya ucapakan kepada mereka semua kerana menyokong program yang baik ini.

jais-sarday-hari-sukan-negara-kluang-2

Di sini, saya ingin berpesan dan memberi sedikit tips untuk kekal cergas dan cerdas. Untuk menikmati hidup sihat, tubuh badan kita perlu cergas. Untuk cergas pula kita kena selalu bersenam dan rajin bersukan.

Bila tubuh badan kita sihat dan cergas, secara tak langsung minda kita jadi tenang, sentiasa berfikiran positif dan innnovatif.

Ada yang mengur saya, katanya saya kurus. Eh! Tak betul tu, sebenarnya saya slim. Untuk mendapatkan tubuh yang slim (:p) saya kerap melakukan aktitviti cycling (walaupun statik). Selain itu, saya juga bermain badminton bersama keluarga atau bermain golf dengan kawan-kawan.

Bagaimana pula dengan anda?. Jom kita amalkan gaya hidup sihat..

jais-sarday-hari-sukan-negara-kluang-3

jais-sarday-hari-sukan-negara-kluang-4
Saya Bukan Kurus Tapi Slim Saya Bukan Kurus Tapi Slim Reviewed by Jais Sarday on Oktober 09, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.