Umno Johor Sudah Mengenal Pasti Ahli Sertai PPBM

jais-sarday-umno

JOHOR BAHRU : Badan Perhubungan UMNO Johor sudah mengenal pasti ahli dan kepemimpinan peringkat bahagian parti itu yang terbabit dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausahanya, Datuk Md Jais Sarday, berkata Badan Perhubungan negeri akan memuktamadkan senarai nama itu sebelum Konvensyen UMNO Johor, yang dijadualkan berlangsung awal bulan hadapan.

Katanya, pemantauan itu dibuat susulan gesaan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mahu semua peringkat bahagian parti menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terbabit dengan PPBM.

"Tapi di peringkat negeri, kita tiada kuasa untuk menentukan status keahlian, kita cuma akan melaporkannya kepada ibu pejabat. Soal putus keahlian terkeluar atau tidak itu adalah kuasa Majlis Tertinggi parti.

"Laporan dari setiap bahagian akan dimuktamadkan sebelum Konvensyen UMNO Johor, tapi terserah juga pada peringkat bahagian yang mempunyai pendekatan berbeza kerana ada berpendapat mereka yang terbabit dengan PPBM masih boleh dibawa berbincang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor, di sini, hari ini. Md Jais berkata, UMNO juga menunggu pengumuman rasmi senarai pemimpin PPBM di peringkat negeri.

Sumber : BH
Umno Johor Sudah Mengenal Pasti Ahli Sertai PPBM Umno Johor Sudah Mengenal Pasti Ahli Sertai PPBM Reviewed by Jais Sarday on Oktober 18, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.