Isu pembinaan gerai ayam, pembangkang jangan kelirukan pemikiran rakyat Kluang


Saya ingin menyatakan rasa terkilan yang amat sangat kepada wakil-wakil rakyat pembangkang di Kluang yang sentiasa nak mengelirukan pemikiran rakyat sebab nak menutup kelemahan mereka.. kelemahan mereka ialah tidak berbuat apa pun untuk kebaikan rakyat setempat..

Gerai ayam di pasar Kluang telah terbakar pada Julai 2016.. saya telah bertindak segera untuk mendapatkan peruntukan untuk baikpulih.. Alhamdulillah kerajaan telah luluskan sebanyak RM400 ribu dan saya arahkan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mempercepatkan proses perlantikan kontraktor secara telus..

Pada 27hb September 2016, pihak MPK telah melantik kontraktor dan kerja-kerja terus dimulakan.. oleh kerana kerja-kerja 'clearance site' terhadap bangunan yang telah terbakar juga memerlukan kos, maka peruntukan RM400 ribu tidak mencukupi untuk membina semula gerai ayam tersebut..

MPK telah mengambil langkah bijak dengan mengutamakan keperluan peniaga untuk berniaga dengan membina semula gerai tersebut lengkap dengan bekalan air dan elektrik (walaupun tidak dapat membina longkang)..

Gerai ini telah siap pada 6hb Disember 2016 (lebih kurang mengambil masa 4 bulan sahaja).. kunci gerai-gerai tersebut telah diserahkan kepada para peniaga pun..

Namun, pihak MPK telah memasukkan peruntukan membina longkang pada tahun ini dan perlantikan kontraktor telah dilakukan pada 5hb Mei 2017 dan kerja-kerja dijangka akan bermula pada 25hb Mei 2017... wakil-wakil rakyat pembangkang 'kononnya' nak tunjuk prihatin, maka telah mengadakan lawatan dan sidang media pada 20hb Mei 2017 (sedangkan MPK dah lantik kontraktor dan sedang dalam proses untuk memulakan kerja)..

Mungkin mereka dapat maklumat dalaman yang kerja-kerja itu akan dimulakan.. maka mereka membuat kenyataan tersebut.. bila kontraktor memulakan kerja, mereka mungkin akan adakan kenyataan media lagi dan menyatakan - merekalah yang memperjuangkan nasib peniaga-peniaga itu..

Saya nak beritahu di sini, saya akan pastikan kerajaan dan agensi yang berkaitan dengan portfolio saya sentiasa telus dalam melaksanakan tugas mereka, apatahlagi yang berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.. dan saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak MPK yang selama ini telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan telus..

Minta maaflah ye kepada wakil-wakil rakyat pembangkang (yang bukan pun anak tempatan).. janganlah mengelirukan pemikiran rakyat Kluang.. saya anak jati yang dilahirkan di Kluang, jiwa raga akan saya tumpahkan untuk membina dan memastikan kesejahteraan warga Kluang.. bukan retorik, selagi diberi kepercayaan oleh rakyat..

#muafakatmembawaberkat
#teamJohorBerkemajuan
Isu pembinaan gerai ayam, pembangkang jangan kelirukan pemikiran rakyat Kluang Isu pembinaan gerai ayam, pembangkang jangan kelirukan pemikiran rakyat Kluang Reviewed by Aspirasi on Mei 24, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.