Biar Projek Kecil Tapi Besar Manfaatnya Kepada Rakyat

jais-sarday-mpk

Petang Khamis semalam saya turun meninjau sendiri perkembangan projek baik pulih dan pelebaran jalan di Jalan Othman Wahid yang terletak di belakang Hotel Merdeka.

Saya mendapat tahu, kerja-kerja membaik pulih jalan tersebut tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya seperti yang telah ditetapkan.

Bagi mengelak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap orang awam yang akan melalui jalan berkenaan kelak, saya telah meminta supaya pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) menghentikan kerja-kerja pelebaran jalan tersebut serta-merta.



Saya juga meminta pihak MPK dan kontraktor terlibat supaya menilai dan mengkaji semula dari setiap aspek termasuk pelan rekabentuk, keselamatan serta spesifikasi lain yang telah ditetapkan sebelum kerja baik pulih dan pelebaran jalan tersebut dimulakan.

Biarpun ada yang menganggap projek ini kecil, namun bagi saya ia perlu dilaksanakan dengan teliti dan sempurna agar ia dapat memberi manfaat dan kepuasan kepada rakyat.
Biar Projek Kecil Tapi Besar Manfaatnya Kepada Rakyat Biar Projek Kecil Tapi Besar Manfaatnya Kepada Rakyat Reviewed by Jais Sarday on Julai 07, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.