Pada pagi ini saya berpeluang berjumpa dengan semua staff RISDA di seluruh Negeri Johor.
Saya berkesempatan untuk berkongsi tentang aspirasi Johor Berkemajuan
yang telah digagaskan oleh YAB Menteri Besar Johor, Daro’ Khaled Nordin.
Industri getah pada hari ini bukanlah satu industri yang kian
suram malah sebaliknya ia boleh berkembang. RISDA adalah agensi
bertanggungjawab membina kesejahteraan pekebun kecil yang menjadi tulang
belakang dalam industri getah.
Hari ini cabaran
industri getah bukan sahaja pada harga komoditi getah itu sendiri,
tetapi ia juga melibatkan tenaga kerja yang rata-ratanya berumur 50
tahun ke atas.
Industri Getah Perlukan Tenaga Muda
Reviewed by Jais Sarday
on
November 09, 2017
Rating:

Tiada ulasan: