Pada jam 11.00 pagi tadi saya merasmikan Program Back To School di Dewan
Pekan Rabu Kluang. Seramai 700 orang anak-anak Kluang yang menerima
bantuan persekolahan seperti bag, kasut, baju dan peralatan sebelum
mereka memulakan persekolahan pada tahun hadapan.
Anak-anak kita
ini adalah anugerah Tuhan. Kita sebagai ibu dan bapa, saya yakin kita
nak anak-anak kita jadi orang baik, pandai, kerja yang baik dan boleh
memberikan kehidupan yang baik pada masa hadapan.
Jagalah anak-anak kita, jangan
serahkan anak kita hanya pada Cikgu di sekolah. Di sekolah cikgu
mengajar anak kita membaca, menulis dan mengira. Tetapi di rumah, kita
juga bertanggungjawab mendidik anak-anak kita dari segi akhlaknya,
disiplinnya dan sebagainya. Bila anak-anak kita berjaya.. macam orang
selalu kata 'sejuk perut ibu mengandung'.
Terima kasih kepada pihak yang turut memberikan sumbangan dalam
menjayakan program ini. Mudah-mudahan bantuan ini dapat meringankan
beban kepada semua yang menerima.
Baru Cuti Sudah 'Back To School'
Reviewed by Jais Sarday
on
Disember 03, 2017
Rating:

The Best Casinos in San Diego, CA | JtmHub
BalasPadamFind the best casinos in San 강원도 출장마사지 Diego, CA from the top We offer the hottest 경기도 출장샵 slots at 서귀포 출장마사지 one of the most 광주광역 출장마사지 popular gaming casinos 경상북도 출장안마 in California.