Pada pagi ini saya sertai perbarisan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor.
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkenan mencemar duli berangkat
mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul.
Pekat juga loghat
jawa Kadi Daerah Kluang, As Syeikh Tuan Haji Mohd Taufik Bin Dato' Kiyai
Haji Shamsuddin tadi dalam masa sampaikan syarahan bertajuk "Kasih Nabi
Membawa Ke Syurga".
Marilah kita
sama-sama untuk sentiasa berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW kerana banyak fadilatnya. Hiasi diri kita dengan akhlak
yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan
Nabi Muhammad saw.
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada
nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya", Surah Al Ahzaab, ayat 56.
Kluang Tuan Rumah Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor
Reviewed by Jais Sarday
on
Disember 01, 2017
Rating:

Tiada ulasan: