Memahami Makna 'Bangsa Johor' Yang Sebenar

jais-sarday-dun-johor

Pagi ini saya menggulung perbahasan di hari terakhir Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-13..

Antara yang saya highlight, konsep 'Bangsa Johor' menekankan soal permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang untuk mencapai suatu impak kemajuan Negeri Permata Selatan ini..

Semangat inilah yang menjadi asas dan memainkan peranan penting dalam mendepani hal-hal berkaitan pembangunan inklusif termasuklah dalam politik, sosial dan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat seluruh Negeri Johor..

Yang Amat Berhormat Dato Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar kita sentiasa menekankan konsep permuafakatan dalam pentadbirannya.. ungkapan yang sering diperkatakan; 'Muafakat Johor' tidak lain bertujuan untuk mengetengahkan identiti Johor di samping memupuk permuafakatan rakyat, iaitu; permuafakatan antara pemimpin, kerajaan dan rakyat yang sentiasa berganding bagi mensejahterakan Johor..

jais-sarday-mahkota-bn

Memahami Makna 'Bangsa Johor' Yang Sebenar Memahami Makna 'Bangsa Johor' Yang Sebenar Reviewed by Jais Sarday on April 24, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.