Ahli Umno Jangan Gentar Digelar Rasis - Mohamad Hasan

jais-sarday-mohamad-hassan

KLUANG : Persidangan UMNO Bahagian Kluang telah berjalan dengan lancar pada 21 Ogos yang lalu yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menggesa “Ahli UMNO diminta tidak takut atau bimbang jika digelar rasis kerana memperjuangkan kepentingan agama dan orang Melayu di negara ini.”

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berikutan asas perjuangan UMNO yang ditubuhkan bertujuan membela nasib agama dan orang Melayu.

Katanya, itu juga menjadi asas perjuangan parti komponen MCA dan MIC yang turut memperjuangkan nasib kaum masing-masing.

“Apabila UMNO membela nasib orang Melayu dan dituduh rasis, kita terdiam, takut dan gelabah. Padahal itu asas perjuangan dan tanggungjawab parti menjaga kebajikan serta membela nasib agama dan bangsa. Jangan sampai orang Melayu meluat dengan UMNO disebabkan kita gagal membela nasib mereka kerana takut dikata rasis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagia Kluang, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Berikut adalah gambar-gambar suasana Persidangan UMNO Bahagian Kluang 2016.
Ahli Umno Jangan Gentar Digelar Rasis - Mohamad Hasan Ahli Umno Jangan Gentar Digelar Rasis - Mohamad Hasan Reviewed by Kluang Today on Ogos 21, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.