KLUANG : Seramai 809 orang murid sekolah-sekolah agama dari daerah Kluang akan dibantu melalui Program Makanan Sihat (PMS) 2016.
Inisiatif ini merupakan langkah kerajaan negeri Johor membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menikmati makanan sihat di sekolah- sekolah agama.
Sebanyak 48 buah sekolah agama di Kluang akan menerima bantuan sebanyak RM 2.50 bagi setiap pelajar.
Yb Datuk Md Jais Sarday yang merupakan Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menegaskan bahawa kerajaan negeri Johor telah membuat inisiatif berdasarkan suara hati rakyat Johor melalui kajian yang dijalankan sebelum ini.

Ini bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dibuat seiring dengan keperluan dan kehendak rakyat. Beliau bercakap semasa majlis penyampaian cek bantuan Program Makanan Sihat (PMS) 1437H di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.
Sebelum itu, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang, YM Engku Muda bin Engku Musa juga mengingatkan kepada hadirin bahawa tahun ini merupakan tahun kedua sekolah agama Johor menerima RM 5,000 dari kerajaan negeri Johor.
Turut hadir pada majlis ini en Md Nur Halim Bin Md Amin, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kluang, Pengerusi badan-badan kebajikan Sekolah Agama Daerah Kluang dan juga guru- guru besar sekolah agama sekitar daerah Kluang.

Pelajar Sekolah Agama di Johor Terus Dibela
Reviewed by Kluang Today
on
Ogos 28, 2016
Rating:
Tiada ulasan: