Seronok Tak Dapat BR1M?

jais-sarday-br1m-2017-1

Assalammualaikum & apa khabar..

Saya harap pembaca blog ini sihat walafiat. Hari ini saya berkesempatan hadir ke Kompleks Pekan Rabu, Kluang bagi menyampaikan sendiri baucer wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak.

Saya difahamkan pada tahun ini di Kluang, seramai 1492 penerima baucer BR1M yang terdiri dari 675 Melayu, 496 kaum Cina dan selebihnya 321 kaum India.

Apa yang saya perhatikan semasa majlis penyampaian pagi tadi, terpancar kegembiraan dari riak wajah mereka apabila saya menyerahkan baucer BR1M tersebut.

jais-sarday-br1m-2017-2

Ada di antara mereka berbisik di telinga saya dan berkata mahu pemberian BR1M ini diteruskan sampai bila-bila kerana ia sangat membantu bagi yang memerlukan.

Saya juga sempat berpesan kepada mereka supaya memanfaatkan duit BR1M ini dengan sebaik-baiknya.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kluang, JPMM Dun Mahkota dan BSN Kluang kerana bertungkus lumus menjayakan program ini.


Pada pembentangan Bajet 2017 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menaikkan kadar BR1M kepada RM1200 daripada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dan dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Febuari, Jun dan Ogos.
Seronok Tak Dapat BR1M? Seronok Tak Dapat BR1M? Reviewed by Jais Sarday on Mac 10, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    semoga kita termasuk dalam golongan orang yang bersyukur dengan segala Nikmat Allah Taala dan berterima kasih pada hamba2Nya yang berbuat baik!

    Semoga Allah SWT peliharan kerajaan UMNO sebagai pemerintah yg terbaik dan diperelok dr masa ke semasa. Amin!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.