Bas Muafakat Johor Terus Menjadi Pilihan Rakyat

bn-mahkota-jais-sarday

Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Abong berkaitan sambutan orang ramai terhadap program Bas Muafakat Johor dan sejauhmana kos efektifnya..

Sambutan Bas Muafakat Johor di kalangan rakyat adalah sangat menggalakkan dan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus berusaha menambah baik perkhidmatan ini.. sehingga September 2017, jumlah kepenggunaan perkhidmatan ini di seluruh Negeri Johor adalah 4,054,923 di 47 laluan bagi 2 tahun perlaksanaannya iaitu sejak tahun 2016..

Bagi menambahbaik perkhidmatan ini, Kerajaan Negeri Johor akan;

1) menyemak semula laluan yang mempunyai kepenggunaan yang rendah selama 3 bulan berturut-turut..

2) mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi mempromosikan laluan dan penjualan Kad Muafakat Johor di seluruh daerah..

3) mengadakan kempen kesedaran dan penggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berterusan..

4) pembinaan tiang maklumat, bagi tujuan tempat mengambil dan menurunkan penumpang serta maklumat laluan dan waktu perjalanan Bas Muafakat Johor.

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor akan sentiasa mengkaji aspek kos analisis program Bas Muafakat Johor secara berterusan untuk menambahbaik perkhidmatan termasuklah mengintegrasi perkhidmatan Bas Muafakat Johor dengan perkhidmatan pengangkutan awam di masa kini dan akan datang.
Bas Muafakat Johor Terus Menjadi Pilihan Rakyat Bas Muafakat Johor Terus Menjadi Pilihan Rakyat Reviewed by Jais Sarday on November 26, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.