Baru Cuti Sudah 'Back To School'

back-to-school-jais-sarday

Pada jam 11.00 pagi tadi saya merasmikan Program Back To School di Dewan Pekan Rabu Kluang. Seramai 700 orang anak-anak Kluang yang menerima bantuan persekolahan seperti bag, kasut, baju dan peralatan sebelum mereka memulakan persekolahan pada tahun hadapan.

Anak-anak kita ini adalah anugerah Tuhan. Kita sebagai ibu dan bapa, saya yakin kita nak anak-anak kita jadi orang baik, pandai, kerja yang baik dan boleh memberikan kehidupan yang baik pada masa hadapan.

Jagalah anak-anak kita, jangan serahkan anak kita hanya pada Cikgu di sekolah. Di sekolah cikgu mengajar anak kita membaca, menulis dan mengira. Tetapi di rumah, kita juga bertanggungjawab mendidik anak-anak kita dari segi akhlaknya, disiplinnya dan sebagainya. Bila anak-anak kita berjaya.. macam orang selalu kata 'sejuk perut ibu mengandung'.

Terima kasih kepada pihak yang turut memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan bantuan ini dapat meringankan beban kepada semua yang menerima.
Baru Cuti Sudah 'Back To School' Baru Cuti Sudah 'Back To School' Reviewed by Jais Sarday on Disember 03, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

  1. The Best Casinos in San Diego, CA | JtmHub
    Find the best casinos in San 강원도 출장마사지 Diego, CA from the top We offer the hottest 경기도 출장샵 slots at 서귀포 출장마사지 one of the most 광주광역 출장마사지 popular gaming casinos 경상북도 출장안마 in California.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.