Lebih Ramai Rakyat Johor Akan Memiliki Rumah Menjelang 2020

sidang-dun-johor-jais-sarday

Pagi ini saya menjawab dua soalan Dewan Negeri. Soalan pertama dikemukakan oleh ADUN Tiram iaitu jumlah Perumahan Rakyat Johor yang telah siap, sedang dibina dan akan dibina menjelang tahun 2020 di Parlimen Tebrau.

Merujuk kepada Laporan Taskforce Perumahan Rakyat Johor, jumlah keseluruhan unit pembangunan bermula tahun 2014 hingga tahun 2020 adalah sebanyak 11,311 unit.

Jumlah keseluruhan Perumahan Rakyat Johor yang telah siap dibina berjumlah 1,563 unit manakala dalam pembinaan sebanyak 3,200 unit dan sebanyak 6,548 unit Perumahan Rakyat Johor yang akan dibina di Parlimen Tebrau.

Soalan yang kedua daripada ADUN Tg. Puteri iaitu rasional bagi pemaju perumahan untuk mendapatkan kelulusan kemajuan mereka dikenakan bayaran deposit kepada pihak IWK.

Selepas penswastaan Perkhidmatan Pembentungan Negara pada 1994, kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dilanjutkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan sehingga tahun 2007. Selepas itu kuasa berkenaan telah diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) sehingga sekarang dan sebahagian akta berkaitan pembentungan telah dimansuhkan dalam Akta 171 Seksyen 131.

Mulai tahun 2007, semua permohonan kelulusan pelan sistem pembentungan dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru diproses oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara melalui Indah Water Konsortium (IWK) yang melibatkan perancangan, rekabentuk, dan pembinaan di tapak sehingga siap.. Sebab itu pemaju kena bayar deposit kepada Indah Water Konsortium.

Loji Rawatan Kumbahan tersebut akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru oleh pihak pemaju setelah pembangunan keseluruhan mencapai 80% penyiapan..

Oleh itu, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak terlibat untuk sebarang caj atau deposit ke atas Loji Rawatan Kumbahan yang diluluskan.
Lebih Ramai Rakyat Johor Akan Memiliki Rumah Menjelang 2020 Lebih Ramai Rakyat Johor Akan Memiliki Rumah Menjelang 2020 Reviewed by Jais Sarday on Disember 04, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.