Pelancaran Medini Iskandar Malaysia Food Truck

jais-sarday-food-truck-1

Apa khabar? Saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Agak lama juga rasanya saya tidak mengemaskini blog. Maklumlah, sejak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit dengan urusan kerja.

Apa-apa pun terima kasih kerana terus setia mengunjungi blog ini.

Dipendekan cerita, petang semalam bersamaan 28 Sep 2016, saya telah melancarkan 'Medini Iskandar Malaysia Food Truck'... Ini merupakan perniagaan baru yang sedang berkembang di Negeri Johor..

Kerajaan Negeri sedang merangka kaedah perlesenan yang sesuai untuk peniaga 'food truck' dan caravan...

Buat masa ini, mereka tertakluk kepada peraturan penjaja yang lesen diberi berasaskan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan..

Saya sedar banyak keperluan dan kelonggaran yang diperlukan oleh peniaga-peniaga food truck dan caravan..

Oleh itu, saya amat mengaku-alukan sebarang idea serta pandangan dari semua pihak yang terlibat dengan perniagaan ini..

jais-sarday-food-truck-2

jais-sarday-food-truck-3

jais-sarday-food-truck-4

jais-sarday-food-truck-5

jais-sarday-food-truck-6
Pelancaran Medini Iskandar Malaysia Food Truck Pelancaran Medini Iskandar Malaysia Food Truck Reviewed by Jais Sarday on September 29, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.