Salam Maal Hijrah 1438H

jais-sarday-maal-hijrah-1438

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya buat warga Kluang, Johor.

Seperti kita sedia maklum, Maal Hijrah merupakan hari yang paling bermakna bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa Hijrah Rasullullah tidak berlaku dalam bulan Muharram. Saidina Omar yang mencadangkan peristiwa Hijrah sebagai permulaan tahun orang Islam berdasarkan 28 firman Allah dalam Al-Qur'an yang menyatakan tentang Hijrah..

Sebentar tadi, saya berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor yang  diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Pada majlis tersebut, saya tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Dato' Badlishah Alaudin. Beliau bercerita tentang persoalan mengenai Hijrah yang diajukan Sahabat kepada Rasullullah.

Sahabat bertanya; 'apakah amal ibadah yg terbaik, Ya Rasulullah?' Nabi kata; 'berdiri lama dalam sembahyang..'

Sahabat bertanya lagi; 'apakah Hijrah yang terbaik.?' Rasulullah menjawab; 'kau tinggalkanlah perkara yang Tuhan tak suka.. antara perkara yang Tuhan tak suka ialah berkelahi'

Bila sebut pasal berkelahi, teringat pepatah Melayu dari orang-orang tua dulu-dulu  ada berpesan, antara penyebab kita boleh bergaduh sesama sendiri adalah berpunca dari sikap manuisa yang bertindak menjadi Gunting dalam lipatan, Api dalam sekam, Telunjuk lurus kelingking berkait, Musuh dalam selimut, Musang berbulu ayam.

jais-sarday-hijrah-1438

Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini, kita dapat bermuhasabah diri, menilai dan merenung kembali sejauh manakah kita telah mengabdikan diri, menginfakan harta, masa dan tenaga demi Agama.

Marilah kita menyusun langkah menuju masa depan yang lebih baik dan gemilang, dalam naungan redha Allah swt. Untuk diri kita. Untuk keluarga. Untuk bangsa. Untuk Tanahair.

Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Tuan Hj Said bin Debo kerana dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kluang Tahun 2016.

Saya doakan agar segala pengorbanan dan jasa beliau dalam menyebar dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat selama ini setiasa diberkati, diredhai dan dirahmati Allah SWT.

tokoh-maal-hijrah-kluang
Salam Maal Hijrah 1438H Salam Maal Hijrah 1438H Reviewed by Jais Sarday on Oktober 02, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.