Jiwa Perlu Kental Jika Ingin Jadi Pemimpin Berwibawa

jais-sarday-pemuda-umno-1

Malam tadi saya bersama barisan kepimpinan Pemuda Umno Kluang dalam satu perjumpaan santai. Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk soal kepimpinan dan mentadbir urus perjalanan parti.

Saya sempat kongsi dengan mereka ialah tentang perjalanan saya sepanjang 23 tahun di dalam parti keramat ini. Saya pernah menempuh pelbagai krisis dalam parti, termasuklah episod hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

jais-sarday-pemuda-umno-2

Saya turut menasihatkan mereka, untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan berwibawa, kita mesti bersedia untuk belajar mentadbir parti dan mengurus perjalanannya.

Walaupun ia dua perkara yang berbeza. Namun, ia juga membantu untuk mengukuhkan jati diri dan menjadikan kita matang untuk berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang.

Harus diingat bahawa dalam politik tidak ada lawan dan kawan kekal, yang ada hanyalah kesetiaan dalam perjuangan.
Jiwa Perlu Kental Jika Ingin Jadi Pemimpin Berwibawa Jiwa Perlu Kental Jika Ingin Jadi Pemimpin Berwibawa Reviewed by Jais Sarday on Oktober 22, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.