Kesetiaan Terhadap Parti Perlu Dibuktikan Bukan Sekadar Ikrar Kosong Semata-Mata

jais-sarday-pau-umno-1

Siapa sempat menonton saya di televisyen malam tadi sila tulis komen di bawah. Malam semalam saya telah diundang menjadi salah seorang panelis dalam rancangan Bual Bicara di Bernama TV (Astro 501) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Bagi anda yang telah menontonnya pasti sudah tahu apa topik yang dibincangkan. Bagi yang tak berkesempatan, di sini saya ingin kongsikan serba ringkas intipati bual bicara yang berkisar tentang kesetiaan dalam parti.

Dalam bual bicara tersebut, saya menyatakan bahawa kesetiaan kepada pemimpin dan parti mestilah diterjemahkan kepada gerak kerja memperkukuhkan jentera parti dan menangani isu di akar umbi, bukan sekadar ikrar kosong semata-mata menarik perhatian pimpinan di atas..

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat semua menunggu apakan arah tuju baru yang UMNO akan lakarkan untuk 70 tahun yang akan datang. UMNO bukan sahaja sekadar memelihara bangsa Melayu dan agama Islam tetapi juga menjaga kepentingan bangsa lain.

UMNO juga berhadapan dengan cabaran pemikiran, orang kata peremajaan parti. Bagi saya, peremajaan parti bukan sekadar nak tunjuk fit macam Khairy Jamaluddin, tapi pemikiranya juga. Pemikiran yang moden dan mampu membidani fikiran masyarakat dunia digital.

Pilihan Raya Umum ke-14 sudah semakin hampir, saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO agar selepas berakhirnya perhimpunan ini terus bersiap sedia segala segi termasuk menyiapkan jentera perang serta merapatkan barisan bagi mendepani hari penentuan (PRU) yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Kesetiaan Terhadap Parti Perlu Dibuktikan Bukan Sekadar Ikrar Kosong Semata-Mata Kesetiaan Terhadap Parti Perlu Dibuktikan Bukan Sekadar Ikrar Kosong Semata-Mata Reviewed by Jais Sarday on Disember 02, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.