Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Depan Datang Lagi

jais-sarday-umno-pau16-01

Biarpun sudah dua hari berlalu, kehangatan suasana semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU) yang diadakan di Putra World Trade Center (PWTC) baru-baru ini masih dapat dirasai.

Saya lihat banyak foto-foto kenangan semasa persidangan tersebut dimuatnaik di laman Facebook oleh para perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Melihat dari riak wajah dan komitmen mereka yang hadir membuatkan saya rasa teruja dan bersemangat untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang saya wakili.

Apa-apa pun, PAU 2016 kali ini merupakan perhimpunan terbaik yang pernah saya hadiri. Ia berlangsung dalam semangat kekeluargaan yang tinggi.

Banyak amanat berguna yang disampaikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden serta perwakilan UMNO dari setiap peringkat bahagian yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan untuk memantapkan lagi perjalanan parti keramat orang Melayu ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang

Saya berharap selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO ini, ia dapat memberi semangat baru kepada kita semua terutamanya ahli UMNO untuk memulakan atau menyambung segala gerak kerja parti yang telah dirancang sebelum atau selepas ini.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pemerhati Bahagian yang hadir dari seluruh Cawangan UMNO Kluang dan tidak terlupa juga, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Saudara Azman Hamsar di atas usaha beliau membawa rombongan pemerhati dari PDM P152/28/16 Ladang Lambak, Kluang ke PWTC baru-baru ini.

Semoga pada tahun hadapan saya dapat melihat lebih ramai lagi pemerhati dari setiap PDM yang ada di Kluang ini hadir ke Perhimpunan Agung UMNO sebagai tanda semangat dan solidariti.

Teruskan menyokong UMNO dan Barisan Nasional demi masa depan bangsa dan anak-anak kita.
Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Depan Datang Lagi Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Depan Datang Lagi Reviewed by Jais Sarday on Disember 05, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.