Nostalgia Nasi Bungkus

jais-sarday-nasi-bungkus

Biar sesibuk macam mana sekalipun kita bekerja, perut yang kosong jangan lupa diisi. Hari ini saya makan berseorangan bertemankan nasi bungkus.

Tiba-tiba terkenang pula masa zaman persekolahan dahulu. Pada waktu itu kehidupan keluarga saya boleh dikatakan agak susah juga.

Masa itu tak ada duit, setiap hari emak sediakan bekal untuk saya bawa ke sekolah. Hari ini keadaanya jauh berbeza dengan dahulu.

Saya perhatikan anak-anak yang bersekolah hari ini hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak segan membawa bekal dari rumah.

Mungkin faktor  ekonomi keluarga yang semakin baik serta kesibukan ibu bapa mencari rezeki adalah lebih mudah dengan memberi wang saku sahaja kepada anak-anak ini untuk dibelanja di sekolah.
Nostalgia Nasi Bungkus Nostalgia Nasi Bungkus Reviewed by Jais Sarday on Disember 11, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.