Johor Jadi Perintis Utama Plan Pendidikan Abad Ke-21

jais-sarday-pendidikan-abad21-1

Pada hari Rabu, 5 Okt 2016, saya berpeluang bersama 110 pemimpin (pengetua dan guru besar) sekolah seluruh Negeri Johor yang telah menjadi perintis kepada Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21)..

Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang merintis jalan ini menjadikan Negeri Johor negeri pertama 'explore' gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran moden..

Antara cabaran dalam pendidikan yang sedang kita hadapi ialah pemikiran baru anak muda yang hidup dalam komuniti digital. Pemikiran mereka yang dinamik masih lagi dihidangkan silibus yang agak statik.

Sebab itu saya percaya PAK-21 merupakan salah satu jalan keluar kemelut itu. Jadi, saya harap guru-guru yang terlibat dalam program ini akan terus berusaha gigih membina anak bangsa yang cemerlang.

Saya juga berharap usaha ini akan mendapat sokongan masyarakat dan pemimpin tempatan.

jais-sarday-pendidikan-abad21-2
jais-sarday-pendidikan-abad21-3
Johor Jadi Perintis Utama Plan Pendidikan Abad Ke-21 Johor Jadi Perintis Utama Plan Pendidikan Abad Ke-21 Reviewed by Jais Sarday on Oktober 06, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.