Ronda-Ronda Kompleks Pekan Rabu Kluang

jais-sarday-aromaria

Pada Jumaat (16 Dis) semalam saya hadir di Kompleks Pekan Rabu Kluang bagi merasmikan Program Kembara Kembali Ke Sekolah 2017.

Dalam program tersebut saya turut menyampaikan sumbangan berupa beg dan kelengkapan persekolahan kepada mereka yang layak.

Progaram ini merupakan sebahagian daripada program amal tahunan yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Kluang  bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Taqwa, JPMM Dun Mahkota,  Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan ramai lagi.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan menyumbang bagi menjayakan program ini.

jais-sarday-alynn-fashion

Saya juga berharap, semoga dengan sumbangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan yang akan ditanggung ibu bapa semasa pra pembukaan sekolah nanti. Tetapi juga ia dapat memberi semangat kepada anak-anak semua.

Selepas selesai upacara perasmian, saya sempat meronda-ronda dan beramah mesra dengan pemilik premis yang ada di Kompleks Pekan Rabu. Antaranya Perfume Aromaria, butik Sya Citra Collections, Alyyn Fashion, Diza Beverages, Zara & Hadi serta beberapa buah premis lagi.

Saya rasa seronok bila melihat mereka berniaga di sini. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada rakyat Johor, khasnya warga Kluang agar dapat menyokong mereka dengan membeli produk barangan yang ada dijual di sini.

jais-sarday-pekan-rabu-a
jais-sarday-syacitra-collection
Ronda-Ronda Kompleks Pekan Rabu Kluang Ronda-Ronda Kompleks Pekan Rabu Kluang Reviewed by Jais Sarday on Disember 17, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.