Sambutan Karnival Keusahawanan Kluang 2016 Meriah Tapi..

Karnival-Keusahawanan-Kluang

Pada 9hb dan 10hb Disember baru-baru ini telah berlangsung satu Karnival Keusahawanan Kluang 2016 yang diadakan di Dataran Tasik Kluang.

Sebelum terlambat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua urusetia terlibat yang telah menjayakan karnival tersebut sepanjang dua hari ia belangsung

Terima kasih kepada Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor yang telah bertungkus-lumus merancang program ini bersama-sama agensi keusahawanan yang lain..

Namun saya difahamkan sambutan dari usahawan kita dari Kluang macam tak menggalakkan, khususnya dalam seminar dan perbincangan yang diadakan.. mungkin hebahan tak sampai sebab persiapan tak sampai sebulan...

Apa pun tahniah kepada anak-anak Kluang yang telah mencipta nama dengan branding tersendiri.. antaranya; designer Sujak Hasbullah, tudung Chenta Watie, Masri Prosessing, Chamek Kopitiam, Najib Assadok Roket Mail dan lain-lain..

InsyaAllah kita akan perbaiki kelemahan di masa akan datang.. mudah-mudahan kita dapat anjurkan lagi tahun hadapan dengan persiapan yang lebih awal..

Kita tonjolkan lagi brand yang diperkenalkan oleh anak Kluang..
Sambutan Karnival Keusahawanan Kluang 2016 Meriah Tapi.. Sambutan Karnival Keusahawanan Kluang 2016 Meriah Tapi.. Reviewed by Jais Sarday on Disember 16, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.