Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pontian

jais-sarday-maulid-pontian-1

Pagi tadi bersama DYAM Tunku Mahkota Johor, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dan rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri berarak sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pontian..

Teringat dulu-dulu masa zaman bersekolah rendah di kampung.. satu kampung berarak sambil berselawat.. siap kompang.. masa tu di Chamek..

Yang bersekolah agama, ada tabung dengan lencana kertas.. siapa menyumbang dapat lencana dan disemat pada songkok guna jarum peniti..

Anak-anak sekolah lah yang memeriahkan sambutan 'Maulud Nabi' masa tu.. cikgu-cikgu pun turut riuh jaga anak murid.. yang garang, sure terjerit-jerit nak make sure anak muridnya berbaris 'perfect'.. keluar baris sikit pun tak boleh.. aduhai, cikgu..

jais-sarday-maulid-pontian-2

Setahun sekali orang kampung 'berayan' buat collection.. biasanya tumbang lembu seekor.. mesyuaratnya pun simple aje.. penceramahnya pulak yang pandai buat lawak kampung, sambil ketawa dia kenakan kita..

Tapi sekarang macam tak berapa nampak suasana anak-anak yang macam dulu.. agaknya sibuk main game atau menonton Astro..
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pontian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Pontian Reviewed by Jais Sarday on Disember 12, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.