Kem Program Bitara STEM Negeri Johor

jais-sarday-bitara-stem-1

Pagi tadi, saya berkesempatan untuk merasmikan Majlis Penutup Kem Eksplorasi STEM yang dihadiri oleh 176 pelajar dari seluruh Daerah Negeri Johor bersama 44 orang guru yang terlatih dalam bidang STEM.

Program ini merupakan salah satu Quick Wins yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Strategik Negeri Johor.

Sekarang, kita sedang hidup dalam alaf ke-21... alaf yang menuntut agar kita sentiasa memperbaharui segala bakat, ilmu dan kemahiran yang kita ada... sudah terlalu banyak kajian dan penyelidikan yang menunjukkan bahawa, dalam era globalisasi ini ilmu dan kemahiran kita mesti ‘diperbaharui’ setiap masa... jika tidak, kita akan ketinggalan...hampir setiap hari akan ada sahaja inovasi dan penciptaan baharu.

Namun, realitinya dunia pada hari ini menunjukkan bahawa kadar peratusan jumlah pelajar yang terlibat dalam bidang sains, teknologi, matematik, dan kejuruteraan semakin berkurangan... pada ketika ini, di negara kita hanya 20% pelajar sahaja yang mengikuti pembelajaran STEM di peringkat sekolah... namun untuk mengukuhkan pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia, kita perlukan sekurang-kurangnya 60% pelajar sekolah dan universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains..

jais-sarday-bitara-stem-2

Maka atas dasar itulah, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama tenaga professional daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yakin dan percaya bahawa Program Bitara STEM boleh membentuk nilai dan sikap terhadap sains dan teknologi, baik secara formal mahupun tidak formal...

Kerajaan negeri berharap dengan adanya program seumpama ini dapat menggalakkan lagi penglibatan guru dan pelajar dalam bidang STEM seterusnya menjadi penyumbang kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
Kem Program Bitara STEM Negeri Johor Kem Program Bitara STEM Negeri Johor Reviewed by Jais Sarday on Mac 08, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.