Tahniah! Felcra Sg. 10 Paloh Di Atas Pencapaian Yang Membanggakan

jais-sarday-felcra

Syawal ke 5, pada pagi ini saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Koperasi Wawasan Felcra Sungai Sepuluh Paloh Kluang Berhad, di Dewan Orang Ramai Kampung Chamek..

Tak sangka kami adik beradik satu pentas, berucap depan Mak dan Bapak.. dan kali pertama dengar dia berucap, tak sangka boleh tahan juga..



Apa pun tahniah kepada Ahli Lembaga Koperasi dan semua peserta Felcra Sungai 10 kerana berjaya meningkatkan prestasi koperasi dengan pemberian dividen sebanyak 30%... Mudah-mudahan tahun ini akan tersenarai di dalam 100 koperasi terbaik Malaysia..

Minyak gamat di atas para,
Dietakkan di sebelah buah tin,
Saya ucapkan selamat hari raya,
Maaf zahir dan batin.
Tahniah! Felcra Sg. 10 Paloh Di Atas Pencapaian Yang Membanggakan Tahniah! Felcra Sg. 10 Paloh Di Atas Pencapaian Yang Membanggakan Reviewed by Jais Sarday on Jun 29, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.