Bila Anak Kampung Tunjuk Skill

jais-sarday-kebun-sawit

Walaupun masih dalam mood bercuti raya, pantang saya duduk rumah sambil goyang kaki saja-saja tanpa buat apa-apa. Paling tidak pun mesti ada satu kerja yang akan saya lakukan untuk mengeluarkan peluh agar badan kekal sihat dan bertenaga.

Sebagai anak kampung, hidup saya memang tidak pernah berpisah dengan kebun. Biarpun sibuk dengan urusan kerja seharian, namun saya tetap akan meluangkan masa untuk membuat kerja-kerja di kebun.

Hari ini saya bepeluang menujuk bakat yang sekian lama terpendam dan mungkin ramai tidak tahu bahawa saya juga mahir dalam mengerjakan kebun kelapa sawit. Bab pruning, membaja, mancah dan nyabit buah kelapa ni celah gigi saja.



Cuma kali ini, agak tercungap-cungap sikit nak habiskan satu pokok. Bukan tak larat tapi mungkin disebabkan sudah lama tak buat kerja-kerja begini.

Apa-apa pun, skill berkebun yang pernah saya pelajari dari bapa dulu tak pernah dilupakan. Suka saya nak pesan kepada anak-anak di luar sana supaya belajar rajin-rajin sehingga berjaya jika tidak mahu kerja susah.
Bila Anak Kampung Tunjuk Skill Bila Anak Kampung Tunjuk Skill Reviewed by Jais Sarday on Jun 27, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.