RMMJ: Lebih 170,000 Pemohon Telah Mendaftar

rumah-mesra-rakyat-johor

Pada pagi tadi saya hadir ke Majlis Penyerahan Kunci RMMJ Taman Perbadanan Islam Datin Halimah yang berharga RM 169,000.00. Selepas mendapat subsidi kerajaan pusat sebanyak RM 30,000.00 maka harga rumah ini menjadi RM 139,000.00. Ada 71 unit rumah yang telah ditawarkan. Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Berkaitan dengan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor ada yang kata mohon dah 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan ada yang lebih tapi tak dapat tawaran rumah. Jadi untuk makluman, data yang terkini kita telah terima lebih kurang 170,000 ribu yang daftar memohon melalui dua sistem iaitu manual dan ‘online’.

Sistem ‘online’ ni kita perkenalkan pada awal tahun 2016 dan sebelum itu manual. Untuk manual, setiap pemohon yang mengisi borang, dia punya ‘validity’ hanya 5 tahun.. Selepas 5 tahun kalau dia tidak buat permohonan baru, kita anggap mereka ini dah dapat rumah lain ataupun tidak berminat dan sebagainya.

Dan untuk yang mohon online ini ‘validity’ dia adalah setahun, selepas setahun dia kena ‘update’ permohonan.. dan yang online ni bila dah cukup setahun SUK Perumahan akan ‘alert’ pemohon through sms melalui nombor yang telah didaftarkan dan juga sistem portal.

Saya minta lepas ini kepada semua yang mohon secara manual untuk daftar semula melalui sistem 'online’. Dan yang menggunakan sistem online ini tolong semak dan ‘re-submit’ semula sekiranya sudah tamat tempoh setahun.
RMMJ: Lebih 170,000 Pemohon Telah Mendaftar RMMJ: Lebih 170,000 Pemohon Telah Mendaftar Reviewed by Jais Sarday on Ogos 19, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.