Pada pagi ini saya menjawab soalan Dewan yang dikemukakan oleh Yang
Berhormat Sungai Abong berkaitan sambutan orang ramai terhadap program
Bas Muafakat Johor dan sejauhmana kos efektifnya..
Sambutan Bas
Muafakat Johor di kalangan rakyat adalah sangat menggalakkan dan
Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus
berusaha menambah baik perkhidmatan ini.. sehingga September 2017,
jumlah kepenggunaan perkhidmatan ini di seluruh Negeri Johor adalah
4,054,923 di 47 laluan bagi 2 tahun perlaksanaannya iaitu sejak tahun 2016..
Bagi menambahbaik perkhidmatan ini, Kerajaan Negeri Johor akan;
1) menyemak semula laluan yang mempunyai kepenggunaan yang rendah selama 3 bulan berturut-turut..
2) mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi mempromosikan laluan dan penjualan Kad Muafakat Johor di seluruh daerah..
3) mengadakan kempen kesedaran dan penggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berterusan..
4) pembinaan tiang maklumat, bagi tujuan tempat mengambil dan menurunkan penumpang serta maklumat laluan dan waktu perjalanan Bas Muafakat Johor.
Perbadanan Pengangkutan Awam Johor akan sentiasa
mengkaji aspek kos analisis program Bas Muafakat Johor secara berterusan
untuk menambahbaik perkhidmatan termasuklah mengintegrasi perkhidmatan
Bas Muafakat Johor dengan perkhidmatan pengangkutan awam di masa kini
dan akan datang.
Bas Muafakat Johor Terus Menjadi Pilihan Rakyat
Reviewed by Jais Sarday
on
November 26, 2017
Rating:

Tiada ulasan: