Pagi ini Yang Amat Berhormat Dato Mohamed Khaled Nordin,
Menteri Besar Johor membentangkan Bajet Negeri Johor 2018.. bajet ini
merangka masa depan melalui tema Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera
Untuk Johor..
Saya bagi pihak rakyat Parlimen Kluang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif Bajet Johor 2018;
1) Peruntukan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM100 juta untuk pembinaan
loji rawatan air di Empangan Kahang.. projek ni, InsyaAllah akan
dilaksanakan dalam tahun 2018.. saya jangkakan menjelang akhir tahun 2019 akan siap..
2) Peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM20 juta untuk naik taraf loji rawatan air di Empangan Semberong Barat..
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana apa yang saya perjuangan
sejak tahun 2008 menjadi kenyataan.. pada tahun 2011, Perdana Menteri
telah memberikan peruntukan RM100 juta untuk membina Empangan Kahang dan
dah siap pun..
Marilah kita berdoa, agar semua yang dirancang
akan dapat berjalan dengan lancar.. mudah-mudahan menjelang tahun 2020,
orang Kluang tidak akan berhadapan lagi dengan masalah air..
Perjuangan yang panjang, selangkah demi selangkah, namun berbaloi.. I feel want to cry
Apa Yang Menarik Tentang Bajet Johor 2018?
Reviewed by Jais Sarday
on
November 23, 2017
Rating:

Tiada ulasan: