Menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah
ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar atas perkenan mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan
Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pagi ini.
Mulai hari ini, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dinaiktaraf
sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menjadikan ianya sebagai
bandaraya ke-2 dalam Negeri Johor dan ke-14 di Malaysia.
Sesungguhnya pengisytiharaan oleh Duli Yang
Maha Mulia Tuanku ini memberikan semangat baru buat warga Iskandar
Puteri dengan anjakan paradigma dalam peningkatan sistem penyampaian dan
mutu perkhidmatan yang bersandarkan kepada amalan terbaik global sesuai
dengan tarafnya sebagai bandaraya.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini juga
membuktikan penzahiran keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada
pembangunan Negeri Johor serta agenda mensejahterakan rakyat yang
menjadi keutamaan YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled bin
Nordin.
Iskandar Puteri Kini Bandaraya Ke 2 Negeri Johor
Reviewed by Jais Sarday
on
November 22, 2017
Rating:

Tiada ulasan: