Program pagi ini saya merasmikan Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Tahun 2017.
Ini adalah platform yang sesuai dalam usaha MPK meningkatkan mutu
kualiti penyampaian perkhidmatan dengan membuka ruang untuk medekati
masyarakat. Ramai yang menyatakan rasa puas hati kerana ia dalam keadaan
yang baik.
Syabas dan tahniah
di atas pencapaian MPK yang memenangi Gold Green Apple Award, Penarafan
5 Bintang yang menjadikan MPK ke-5 terbaik di Malaysia dan yang terbaru
Duta Hijau Dunia 2017. Cabaran seterusnya adalah untuk kita mengekalkan prestasi kita ini di masa-masa akan datang.
Dulu orang di luar Kluang yang datang ke Kluang nak minum kopi je..
hari ini mereka juga datang dalam masa yang sama mereka bergambar di
laman kreatif.
Cita-cita saya nak jadikan masyarakat dan PBT
compliment each other. Kalau PBT ade tanggungjawab untuk longkang,
kemudahan dan sebagainya.. masyarakat juga ada tanggungjawab jaga
kemudahan dan jaga kebersihan. Supaya Bandar Kluang adalah bandar yang
terbersih dan lestari di dalam dunia.
Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang Meriah
Reviewed by Jais Sarday
on
November 18, 2017
Rating:

Tiada ulasan: