Pagi ini saya merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah. Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada semua 120 pelajar Tahun 6, 15 pelajar Pendidikan Khas dan 50 Pelajar Pra-Sekolah.
Saya percaya majlis graduasi ini bakal menjadi pembakar semangat kepada
anak-anak semua untuk terus berjaya pada masa akan datang.
Ada
banyak lagi majlis graduasi yang anak-anak perlu capai dalam menempuhi
zaman belajar iaitu di peringkat menengah dan peringkat universiti.
Percayalah jika anak-anak terus berusaha, ini bukanlah majlis graduasi yang terakhir.
Perjuangan Belum Berakhir!
Reviewed by Jais Sarday
on
November 07, 2017
Rating:

Tiada ulasan: