Guru Perlu Menguasai Dunia Sains Dan Teknologi

stem-johor-jais-sarday

Tengah hari ni saya menutup Bengkel Science, Technology, Engineering and Mathematic (STEM) peringkat daerah Kluang dan Mersing..

Hari ni komputer telah banyak membantu kerja kita sebagai manusia.. memudahkan kita menaip dan menyimpan data, tidak seperti mana dulu menggunakan mesin taip..

Akan datang, robot pula akan menggantikan kerja manusia kerana robot lebih 'accurate'..
Perubahan masa yang berjalan akan memperlihatkan banyak lagi kemajuan berlaku dengan pantas.. ini adalah antara cabaran untuk kita menyediakan generasi akan datang supaya dapat 'position'kan diri dalam arus kemajuan yang deras..

Kerajaan meletakkan sasaran supaya nisbah murid di peringkat menengah atas ialah 60:40, iaitu; 60% mengikuti aliran sains dan teknologi, manakala 40% mengikuti aliran sastera.. namun pencapaian terkini, pelajar yang mengikuti aliran sains dan teknologi hanya 30%..

Saya harap agar guru-guru yang mengikuti bengkel ini dapat memainkan peranan untuk menjayakan usaha ini..
Guru Perlu Menguasai Dunia Sains Dan Teknologi Guru Perlu Menguasai Dunia Sains Dan Teknologi Reviewed by Jais Sarday on November 07, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.