Pusat Internet 1 Malaysia Parlimen Kluang

pusat-internet-1malaysia-jais-sarday

Berkompang di Taman Ilham.. anak buah Abd Hamid Dahlan ni memang pantang kalau saya datang ke Taman Ilham, pasti dah reserve sebiji kompang untuk saya..

Tengah hari tadi saya merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia.. satu-satunya yang ada di Parlimen Kluang.. canggih..

Saya harap pusat ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.. sekarang kita hidup dalam dunia digital.. kita tak boleh lari dari 'connectivity' yang sangat cepat dan pantas - media sosial..
77% rakyat Malaysia telah menggunakan media sosial khususnya 'whatsapp'.. namun penggunaan yang tidak beretika, termasuk mentularkan cerita yang tidak betul, fitnah dan berbaur perkauman akan merosakkan institusi masyarakat..

Jadilah masyarakat yang maju tapi mempunyai nilai dan integriti yang baik bagi melahirkan tamadun bangsa yang hebat..

Ops.. dalam majlis ini dapat jumpa sahabat lama di First College, Universiti Malaya - Cikgu Zulkifligc Zulkifli
Pusat Internet 1 Malaysia Parlimen Kluang Pusat Internet 1 Malaysia Parlimen Kluang Reviewed by Jais Sarday on November 04, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.