Pagi ini saya menjawab dua soalan Dewan Negeri. Soalan pertama
dikemukakan oleh ADUN Tiram iaitu jumlah Perumahan Rakyat Johor yang
telah siap, sedang dibina dan akan dibina menjelang tahun 2020 di
Parlimen Tebrau.
Merujuk kepada Laporan Taskforce Perumahan
Rakyat Johor, jumlah keseluruhan unit pembangunan bermula tahun 2014
hingga tahun 2020 adalah sebanyak 11,311 unit.
Jumlah keseluruhan Perumahan Rakyat Johor yang telah siap dibina berjumlah 1,563 unit manakala dalam pembinaan sebanyak 3,200 unit dan sebanyak 6,548 unit Perumahan Rakyat Johor yang akan dibina di Parlimen Tebrau.
Soalan yang kedua daripada ADUN Tg. Puteri iaitu rasional bagi pemaju
perumahan untuk mendapatkan kelulusan kemajuan mereka dikenakan bayaran
deposit kepada pihak IWK.
Selepas penswastaan Perkhidmatan
Pembentungan Negara pada 1994, kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru telah
dilanjutkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan sehingga tahun 2007.
Selepas itu kuasa berkenaan telah diambil alih oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara melalui Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air
2006) sehingga sekarang dan sebahagian akta berkaitan pembentungan
telah dimansuhkan dalam Akta 171 Seksyen 131.
Mulai tahun 2007,
semua permohonan kelulusan pelan sistem pembentungan dalam kawasan
Majlis Bandaraya Johor Bahru diproses oleh Pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara melalui Indah Water Konsortium (IWK) yang
melibatkan perancangan, rekabentuk, dan pembinaan di tapak sehingga
siap.. Sebab itu pemaju kena bayar deposit kepada Indah Water
Konsortium.
Loji Rawatan Kumbahan tersebut akan diserahkan kepada
Majlis Bandaraya Johor Bahru oleh pihak pemaju setelah pembangunan
keseluruhan mencapai 80% penyiapan..
Oleh itu, pihak Majlis Bandaraya
Johor Bahru tidak terlibat untuk sebarang caj atau deposit ke atas Loji
Rawatan Kumbahan yang diluluskan.
Lebih Ramai Rakyat Johor Akan Memiliki Rumah Menjelang 2020
Reviewed by Jais Sarday
on
Disember 04, 2017
Rating:

Tiada ulasan: