Sesi Dewan Negeri Johor pada tengahari ini saya membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2017.
Penggubalan Enakmen bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang dinaik taraf
adalah merupakan satu proses perundangan yang biasa dan telah
dilaksanakan di Pihak Berkuasa Tempatan lain di Malaysia.
Perkara ini
merujuk kepada seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Sebagai contoh Enakmen Majlis Bandaraya Johor Bahru 1993, Enakmen Majlis
Bandaraya Shah Alam 2000 dan Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003.
Oleh itu, Rang Undang-Undang Iskandar Puteri 2017 ini digubal bertujuan
untuk mengadakan peruntukan-peruntukan berbangkit untuk
ubahsuaian-ubahsuaian gelaran sesuai dengan kenaikan taraf Majlis
Perbandaran Johor Bahru Tengah kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Alhamdulillah, Rang Undang-Undang ini telah diluluskan oleh Dewan
Negeri Johor yang dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
2017 yang mula berkuat kuasa pada 22 November 2017.
RUU Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2017 Diluluskan
Reviewed by Jais Sarday
on
Disember 04, 2017
Rating:

Tiada ulasan: