ISKANDAR PUTERI : Kerajaan Negeri bercadang untuk meneroka sumber air mentah bawah tanah sebagai sumber air alternatif masa hadapan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air dari empangan sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad, berkata, Kerajaan Negeri akan mengadakan rombongan ke Fukuoka dan Kumamoto di Jepun pada 25 hingga 29 April ini bagi meninjau teknologi yang digunakan di kawasan berkenaan.
“Beberapa kajian mengenai sumber air negeri ini sudah dilakukan sejak 1985 sehingga tahun lepas termasuk Kajian Sumber Air Negeri Johor untuk tempoh 50 tahun dan terakhir, penganjuran Forum Air Johor 2015.
“Menerusinya, Kerajaan Negeri membuat ketetapan resolusi, antaranya adalah untuk meneroka sumber alternatif dari bawah tanah kerana hari ini sebanyak 99 peratus sumber air yang kita rawat adalah bergantung dari air di permukaan tanah,” katanya yang ditemui pemberita di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Hasni berkata dua lokasi di negeri ini iaitu kawasan Gunung Pulai dan Tiram di Johor Bahru dikenalpasti berpotensi tinggi mempunyai sumber air bawah tanah yang boleh diterokai.
“Kedua-dua lokasi terbabit dikenalpasti berdasarkan pembentangan hasil kajian seorang pakar sumber air bawah tanah dari Jepun, Dr Kotaro Takemura pada Forum Air Johor 2015,”
“Dengan pembangunan yang pesat dan ditambah dengan pencemaran alam sekitar di sungai, maka, usaha untuk meneroka sumber air bawah tanah merupakan sesuatu keperluan,” katanya.
Sumber: Jauhar

Kerajaan Johor Cadang Teroka Sumber Air Bawah Tanah
Reviewed by Kluang Today
on
April 20, 2016
Rating:
Tiada ulasan: