Penambahan Dana Tabung Pendidikan Untuk Anak Johor Akan Dikaji

Yb-jais-dana-pendidikan

ISKANDAR PUTERI : Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan penambahan dana Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) berdasarkan maklum balas positif yang diterima berkaitan dana tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday, setakat ini, Tabung Pendidikan PDT melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 yang akan diberikan kepada 30 mahasiswa yang layak.

“Kita akan kaji keperluan untuk menambah dana Tabung Pendidikan PDT kerana kita tahu ramai yang telah membuat permohonan bantuan ini,”

duta-jauhar-2016-berita-pdt

“Setakat ini ia terhad kepada 30 mahasiswa dengan peruntukan RM300,000 dimana setiap seorang akan mendapat bantuan sebanyak RM10,000”, katanya, ketika menjawab soalan tambahan Jimmy Puah (Bukit Batu) pada Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13, hari ini.

Kerajaan Negeri Johor melalui PDT dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan bantuan biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana (Masters) IPTA melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim 2016 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan.

Bantuan menerusi Tabung Pendidikan PDT peringkat sarjana ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Bajet Johor 2016 dalam usaha membangunkan modal insan Anak-anak Johor.

Sumber: Jauhar
Penambahan Dana Tabung Pendidikan Untuk Anak Johor Akan Dikaji Penambahan Dana Tabung Pendidikan Untuk Anak Johor Akan Dikaji Reviewed by Kluang Today on April 20, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.