Pagi tadi saya dan Sdr. Nor Hisham Hussein, CEO imCoop membawa misi memperkenalkan imCoop serta kejayaannya dalam usaha Kerajaan Negeri Johor membantu menangani kos sara hidup rakyat - dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK.. ia sangat menepati Pelan Strategi Perniagaan Peruncitan Koperasi yang dibentangkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
ImCoop adalah brand Johor yang ada di pasaran belum sampai setengah tahun pun.. imCoop bersedia untuk membantu memulihkan Kedai Tukar yang ada di Johor.. asas perniagaan kita adalah dari rakyat, oleh rakyat untuk sama-sama bantu masalah rakyat - salah satu semangat Muafakat Johor..
Semua yang dibentangkan telah diterima oleh YB Menteri dan semua ahli mesyuarat.. semua komen yang sangat positif dan pujian.. malah pihak kementerian akan memikirkan untuk memberikan sijil pengiktirafan..

Ada salah seorang ahli mesyuarat komen; 'Johor ni buat apa pun semua jadi.. hebat, apa resipi agaknya..? saya tersenyum simpul sambil menjawab; 'orang Johor sentiasa muafakat..' YB Menteri pulak menyampuk; 'inilah hebatnya orang Johor sebab mereka adalah Bangsa Johor'..
Dalam hati saya berkata; apa pun orang kata, ini semua adalah idea YAB Dato Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar kita yang setiap masa memikirkan rakyatnya..
Terima kasih juga kepada Encik Muridan Alias, Pengarah SKM Negeri Johor yang sentiasa memberikan sokongan..

Apa Johor Buat Semua Jadi..Apa Resipinya?
Reviewed by Jais Sarday
on
Mei 10, 2016
Rating:
Tiada ulasan: