Tanggal 11hb Mei 2016, genaplah UMNO berusia 70 tahun.. bermula dengan gerakan menentang Malayan Union hinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair..
Kemerdekaan bukan sekadar membebaskan tanahair sahaja dari penjajah, tetapi juga agama dan bangsanya.. ia juga bukan sekadar jasa orang-orang terdahulu, tetapi merupakan perjuangan yang tiada tolok bandingnya.. kerana perjuangan merekalah kita berdiri tampan sebagai sebuah bangsa berdaulat..
Setiap mereka yang meneruskan perjuangan dan barisan pimpinannya telah dan akan mendepani cabaran yang berbeza mengikut tarian zamannya..
Mereka yang terdahulu telah berjaya merentasi cabarannya dan mewariskan amanah memelihara agama, bangsa dan tanahair kepada kita semua.. namun cabaran zaman kita bukan terletak kepada kekuatan tenaga tulang empat kerat yang ada, tetapi sejauh mana kita berupaya menggunakan kebijakan akal untuk menewaskan kepintaran orang yang bercita-cita hendak menjajah kita semula..
Duhai anak muda bangsaku, marilah kita rapatkan barisan, ketepikan pertelingkahan, hindarkanlah penghinaan sesama kita supaya anak cucu kita bahagia serta bangga menjadi pewaris bangsa dan nusa..
Selamat Hari Ulangtahun Ke-70 Kelahiran UMNO di bumi bertuah ini..
Muafakat Membawa Berkat

Umno Kini Sudah 70 Tahun Kewujudanya
Reviewed by Jais Sarday
on
Mei 11, 2016
Rating:
Tiada ulasan: