Pelan Suara Hati Johor Kini Genap 3 Tahun Dilaksanakan

jais-sarday-suara-hati-johor-1

Hari ini sebelum Mesyuarat Kerajaan, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar dan kami barisan Exco Kerajaan Negeri Johor baca doa selamat dan kesyukuran sempena 3 tahun mentadbir Kerajaan Negeri..

Kami bersyukur kerana dibimbing oleh seorang boss yang sangat hebat.. bermula dengan kajian suara hati rakyat Johor, terhasil Pelan Suara Hati Johor yang dijadikan polisi Kerajaan Negeri..

Pelan Suara Hati Johor disokong oleh pelbagai inisiatif yang digerakkan melalui pencapaian Exco dan agensi - setiap 3 bulan diukur pencapaian KPI masing-masing.. selain itu ia juga dilaksanakan melalui pelbagai pelan strategik, antaranya pelan utama negeri, iaitu Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor..

Kesemua yang di atas itu digarapkan oleh YAB Dato' Khaled, Menteri Besar kita sebagai Wawasan Johor Berkemajuan - negeri yang maju pembangunan fizikal dan modal insannya, rakyat hidup sejahtera..

Sempat potong pulut kuning.. cute je semua kan?
Pelan Suara Hati Johor Kini Genap 3 Tahun Dilaksanakan Pelan Suara Hati Johor Kini Genap 3 Tahun Dilaksanakan Reviewed by Jais Sarday on Mei 23, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.